Tuesday 24 October 2017

Kek Coklat Moist

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist:


Bahan Pertama:
  • Satu (1) cawan serbuk koko
  • Satu (1) cawan gula pasir
  • Satu (1) cawan susu cair
  • Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
Bahan Kedua:
  • Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
  • Satu (1) sudu serbuk penaik
  • Satu (1) sudu soda bikarbonat
  • Empat (4) biji telur
  • Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat Moist:

  • Campuran pertama:Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.
  • Campuran kedua:
    Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
Resepi Kek Coklat Moist 2
  • Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.
  • Campuran Ketiga:
    Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
  • Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Resepi Kek Coklat Moist 5
  • Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
  • Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.
  • Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
  • Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam

Resepi Kek Coklat Moist 6
Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek anda atau dikenali sebagai ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan ganache ini.
Resepi Kek Coklat Moist 7

Cara-Cara Menyediakan Ganache

Cara Pertama:
Bahan:
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
  • Dua (2) sudu besar serbuk koko
  • Dua (2) sudu besar mentega
Cara:
  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
  • Kemudian masukkan mentega  dan tutup api
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.
Cara Kedua:
Bahan:
  • Setengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak
  • Dua (2) sudu besar susu pekat manis
  • Satu (1) sudu mentega atau majerin
  • Satu pertiga (1/3) cawan susu segar
Cara:
  • Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
  • Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Resepi Kek Coklat Moist 8



Friday 20 October 2017

Best Moist Chocolate Cake Eve



   Best Moist Chocolate Cake Eve

Best Moist Chocolate Cake Ever


          
Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan : 


Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).


Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas.

Putar sehingga adunan sebati. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Chocolate Ganache
4 oz chocolate chips
1/3 cawan heavy cream
1 sudu kecil unsalted butter
1/8 sudu kecil garam

Panaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair. Lepas tu, kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan. Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.

White Vanilla Icing

Bahan bahan:
2 cawan powdered confectionay sugar
1/4 ketul butter - suhu bilik
1 sudu kecil vanilla extract
1/8 sudu kecil garam
2 1/2 susu besar susu

Masukkan gula dan butter ke dalam mixing bowl dan putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan garam dan vanilla extract sambil terus diputar.

Akhir sekali, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap adunan icing yang dikehendaki dan mudah disapu pada kek.


Buttermilk
Susu segar
1 sudu besar white vinegar atau lemon juice


Masukkan white vinegar atau lemon ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.

Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.


Best Moist Chocolate Cake Ever

Best Moist Chocolate Cake Ever

RAINBOW CAKE


   RAINBOW CAKE

Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen



Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.


Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen


Nota:
Saiz loyang 8 inci (6 warna), guna hanya 1 ½ adunan. Kalau mahu 7 warna guna 2 adunan. Saya guna loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.


Krim Mentega
Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer manis
3 sudu besar gula aising

Cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 


Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen





KEK SPAN COKLAT


                                                KEK SPAN COKLAT



Bahan-bahan 

*4 biji telur
*125 g gula castor
*100 g tepung naik sendiri
*25 g serbuk koko
*50 g air (saya pakai susu full cream)
*12 g ovalet
*1/2 sdt baking powder
65 marjerin cair

Cara-cara




1. Putar kesemua bahan bertanda (*) selama 8-10 min dengan mesin pemutar




2. Masukkan marjerin cair perlahan-lahan & kacau hingga sebati. (Jangan kacau terlalu lama supaya span tidak berminyak)




3. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar yang telah dilenser dengan marjerin dan taburkan tepung.(saya tak tabur tepung pun)




4. Bakar dalam ketuhar bersuhu 190dC selama 10-30 min (*saya bakar dengan suhu 180dC dan bakar selama 40min atau hingga masak)




Untuk Buttercream nya pulak.. saya buat coklat buttercream.. sebab dlm peti sejuk saya dah standby buttercream dan coklar ganache lebihan dari orang order hari tu.. Jadi, saya cuma perlu campur2 kan ikut suka hati saya sampai saya rasa puas hati dengan rasa nya.. Hasilnya, adik sepupu saya cakap sedap sangat, sampai dia tak nak kongsi kek tu dengan org lain..ish ish ish.. tak patut..tak patut.. Ok la, ni cara saya buat buttercream saya sendiri.. Sukatan agak2.. Kalau rasa susah, rujuk resepi chocolate ganache yg saya dah bagi tu.. Nanti bila dah buat buttercream, tinggal nak tambah2kan kat buttercream tu je.. tambah sesedap rasa..huhu . Jom tengok dan cuba paham..huhu..

*krimwell & shortening hampir sama.. bezanya, shortening kasar sikit, bau tak wangi, Krimwell pulak agak lembut & bau wangi dr shortening.. (ini dari pemerhatian saya sendiri ye)

BUTTERCREAMKU..


1 cup Shortening





1/2 cup Krimwell






1/2 tsp vanila esen



2 1/2 - 3 cwn gula aising yang dah diayak, kalau tak manis, tambah sendiri (rajin2kan tgn ayak gula tu kalau nak buttercream tu smooth je k)
* kalau tak smooth jugak, boleh tambah 2 Tbs susu)


Cara-cara

1-Putarkan shortening & krimwell sampai creamy saje. 
2-Masukkan vanila esen
3-Tambahkan gula aising sedikit demi sedikit. Putar sampai sebati & smooth (low speed)
*kalau rasa2 krim ni tak cukup, bleh double kan resepi ye.
4- Dah siap buttercream, ambil sedikit buttercream, asingkan dalam mangkuk lain, campurkan dengan chocolate ganache. Campur sesedap rasa k.. yang lebihnya buat stuang 1 biji kek nanti.. ok siap.. 

* Untuk resepi Choc Ganache, rujuk list Chocolate Ganache k.
*tak sempat nak amek gambar step by step.. Hensetku problem.. haishh.. mcm nak tukar henset samsung s5 jek.. tak pun samsung note3 ke..haha.. tak habis2 garu kepala kang cik abg saya tu.. hihi.. Jom tgk gmbr yg saya sempat snap.. 3 keping je pun.. heee..













 

Cake Template by Ipietoon Cute Blog Design